Thursday, July 30, 2009

berdoalah...






























Berdoa juga adalah ibadah, juga sumber iman dan
pergantungan diri kepada Allah. Orang-orang yang
tidak mahu berdoa kepada Allah sebenarnya sombong
dengan Allah. Bukankah terlalu banyak hajat,
keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin
tercapai dengan pertolongan Allah?


Kalau begitu, berdoalah. Adukan semua masalah
kepada Allah dan gantungkan harapan penuh kepada-
Nya. Berdoalah di tempat-tempat dan di waktu waktu
yang di "kabul doa" dengan hati yang penuh
khusyuk, mengharap dan yakin serta sabar, insya-
Allah ia akan menjadi sumber ketenangan dan
kebahagiaan.

Wednesday, July 29, 2009

Geng Utara Mini Gathering di Mee Udang Sg Dua Malam Ni (29/7/09)

Salam Buat Semua,
Update terkini,

Set-set Utara decide jumpe kat kedai Mee Udang Sg. Dua. Yang telah comfirm join
  • Nizar (as orgainzer)
  • Mie Malik
  • Kaydeen
  • Khairul Khana
  • Rozanne
  • Hass Hanie
  • Mukrimah

Sorry if I missed anybodi..... Dan suruh depa tangkap gambaq banyak2 pas tu post kat blog & FB

Ini ada pesanan dari Saudara Nizar... Dia di Utara tanah air la ni, mencari kawan2 ex-SMTI kalu ada yang free dia nak jumpe.

Seingat Norli lah yang ada kat Utara la ni....

Nazar- Perlis
Kaydeen-Sg Petani
Wisha-Sg Petani
Hass Hanie-Sg Petani
Rozanne-Penang
Zaini-Penang

To Nizar if you read these, noli wwill foward to you their numbers...

Saturday, July 25, 2009

BENIH BAIK & BENIH BURUK

BENIH BAIK & BENIH BURUK

Di dalam stuktur kehidupan manusia ini , ada orang bawahan dan ada
orang atasan. Orang atasan pula, ada lagi orang yang di atasnya.
Jadi, setiap manusia itu ada pemimpinnya.

Pemimpin itu berbagai-bagai peringkat dan mengikut kelompok-
kelompok manusia yang tertentu. Murid dipimpin oleh guru. Anak
dipimpin oleh bapa. Pekerja dipimpin oleh pengurus, rakyat dipimpin
oleh ketua Negara dan begitulah seterusnya.

Namun, walaupun semua manusia itu ada yang memimpinnya, tapi kita
lihat manusia itu macam tidak terpimpin. Akhlak rosak. Moral jatuh.
Selalu sahaja terlibat dengan salah laku dan maksiat. Walhal, kita
yakin dan kita tahu, tidak ada pemimpin yang menyuruh mereka berbuat
maksiat dan melanggar undang-undang.

Tidak ada pemimpin yang sengaja mengajar dan menyuruh anak-anak
buah mereka berjudi, minum arak, mencuri, merompak, berzina dan
sebagainya. Tidak ada ayah yang mengajar anak-anaknya membuat jahat.
Tidak ada guru yang mengajar anak-anak muridnya membuat maksiat.
Tidak ada ketua Negara yang menyuruh rakyatnya membuat huru-hara dan
melanggar undang-undang. Kebanyakan pemimpin melarang anak-anak buah
mereka berbuat jahat. Malahan ada yang menghukum anak-anak buah yang
membuat salah laku.

Mengapa dan kenapa manusia masih cenderung dalam melibatkan diri
dengan maksiat dan salahlaku, kalau ianya tidak diajar dan tidak
disuruh oleh pemimpin mereka?

Sebenarnya ini bukan masalah diajar atau tidak diajar atau masalah
disuruh atau tidak disuruh. Ia berkait dengan benih yang ditanam
oleh pemimpin di hati anak-anak buah. Bila benih yang ditanam oleh
pemimpin itu baik, maka anak-anak buahn ya akan jadi baik. Apabila
benih yang ditanam itu jahat maka anak-anak buah akan jadi jahat.

Tambahan pada itu, bila benih yang ditanam itu tumbuh dan
disuburkan pula oleh persekitaran yang tidak baik dan pengaruh-
pengaruh yang negative seperti pergaulan bebas, salah guna dadah,
program TV, VCD lucah , komik, majalah lucah, pop, rock metal dan
sebagainya, maka ia akan cenderung ke arah jahat dan akhirnya akan
jadi jahat.

Apakah dia benih jahat itu? Benih jahat ialah sifat cinta dunia
(hubbud dunya) yang ditanam di hati anak-anak buah. Sifat cinta
dunia yang ditanam di hati anak buah ini akan menjadikan anak buah
ahli-ahli dunia dan akhirnya hamba dunia. Sifat cinta dunia ini
ialah ibu segala maksiat. Orang yang terus ditanam dengan benih
cinta dunia ini di hatinya, dia tidak ada cita-cita lain selain
merebut dan mendapatkan dunia.

Benih yang baik pula ialah rasa cinta dan takut kepada Allah dan
cintakan Akhirat. Orang yang hatinya telah diisi dengan rasa cinta
dan takut kepada Allah ini akan sentiasa akan terdorong untuk
berbakti dan membuat kebaikan. Mereka tidak akan merebut-rebut dunia
ini. Mereka lebih cenderung untuk membuat kebaikan dan kebajikan
demi kebahagiaan mereka di Akhirat.

Oleh itu, para pemimpin tidak perlu banyak menyuruh dan melarang
walaupun ini tidak salah. Apa yang perlu ialah berusaha menanam
benih-benih yang baik di hati-hati anak buah. Bawa mereka kepada
Tuhan. Kenalkan mereka kepada Tuhan. Tanamkan rasa cinta dan takut
kepada Allah di hati-hati mereka untuk mencintai Akhirat. Ajar
mereka supaya menganggap dunia ini perkara remeh yang tidak
mempunyai nilai apa-apa. Ajar mereka supaya tidak merebut dunia
tetapi menggunakan dunia ini untuk mendapatkan Akhirat.

Di samping itu pelihara persekitaran daripada pengaruh jahat dan
negative yang boleh merosakkan. Daripada budaya kuning dan hiburan
sumbang. Daripada kegiatan yang merosak dan melalaikan. Ini
sebenarnya tugas pemimpin dalam mendidik anak buah. Ini
tanggungjawab orang atasan terhadap orang bawahan. Ini tugas bapa
terhadap anak. Ini tugas guru terhadap murid. Ini tugas pengurus
terhadap pekerja. Ini tugas ketua Negara terhadap rakyat jelata.

Kalau benih-beniih baik ini dapat ditanam di dalam hati orang-orang
bawahan, maka kerja memelihara dan mendidik mereka akan jadi mudah.
Tidak perlu banyak suruh-suruh. Tidak perlu banyak larangan. Benih
yang baik akan cenderung untuk menuju kebaikan.

asz.....

Tuesday, July 21, 2009

Sepetang di Sg Jahang, Gopeng

Spot perkelahan kali ni di Sg Jahang, Gopeng. Ni kawasan private property. Credit to adik Nazri yg arrangekan spot baek ni. Kalau sape-sape nak join activity whiteriver water rafting ni leh contact dia.... Macam best je.. Apa kate kita organize trip ni..huhuhuhuuuuu
Family yang join ari tu, Nazri & his family. Thanks to keluarga Pakcik Saat & adik-adik Nazri makacih ekk, yang melayan kami ngan cam family sendiri . Sabree, wifenye & anak-anaknye yg cukup mesra, kena amik jadi anak angkat ni. Hasratul Niza & Family. Mie n 3 hero Niza nak bukak Spa kat sungai Jahang tu. Anak dara Niza pun dah beso tu. Nuriah tada gambo nye dalam ni coz dia mai lambat. Tunggu lah kot ada dlm camera Nazri lak.
Since gambar ni upload dari camera Sabree so banyak le gambo permata Sabree, Ni gambo Ratu, Puteri-Puteri & seorang Putera Sabree.. Gambo Sabree nye tak de le plak, dah jadi cameraman.
Ynag ngan Norli tu bakal peserta AF mak ai, sekali menyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta tu...
Posted by Picasa

Wednesday, July 15, 2009

Hujung Minggu di Sg Jahang, Gopeng, Perak.....


Dah abis penat di The Curve, kita teruskan dengan program ziarah ke rumah kawan-kawan. Bulan ni kita mulakan dengan rumah Nazri dulu di Gopeng.

Direction ke rumah nazri

1. Jika masuk dari Tol Gopeng, bayar tol dulu ya... kemudian, traffic light belok ke kanan. Lepas belok ke kanan, bawa kenderaan anda tu jangan laju sangat bahaya tau... dalam 500 meter selepas belok tu tengok sebelah kiri jalan, selepas jambatan, kalian akan jumpa rumah warna oren. okay masuk ke rumah tu..

2. jika dari Ipoh pula, ikut jalan nak pergi kampar..... Terus sampai TOL GOPENG.. tapi jangan masuk Tol tu.. kat traffic light tol tu buat U-Turn... kemudian... selepas jambatan.. tengok rumah warna oren.. masuklah..

Jadual Program :

Tarikh - 19/7/09
Hari Ahad

9.00 - 10.00 pagi : Berkumpul Dan Sarapan Pagi Di Rumah Nazri Kat Gopeng
10.30 pagi : Bergerak ke Dataran Sungai Jahang, Gunung Mesah... Dekat Je tempatnya dari rumah nazri tu.. konvoi ramai-ramai
10.45 pagi : Sampai di Dataran Sungai Jahang, Kita buat persiapan apa yang patut kat situ..
11.00 pagi : Mandi sungai ... makan .... sembang... mandi lagi .... makan lagi.... sembang lagi
1.30 petang : Solat Zohor kat situ
2.30 petang : Kita baliklah ramai-ramai..

jangan lupa bawa makanan masing-masing, pakaian mandi dan lain-lain yang perlu.

Tuesday, July 14, 2009

Cara mana hendak mengenal seseorang itu baik







Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja
Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di rumah Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah berulang kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok
Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan
Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana?!
Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!
Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!

ASZ....

Thursday, July 9, 2009

MUTIARA KATA

Mutiara Kata

Adakala kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri.
Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri
Itu lah dia satu kesilapan yang tidak disedari.

Tawadhuk bukan bererti lemah.
Tegas bukan bererti kasar,
Beralah bukan bererti kalah,
Kalah bukan bererti salah
Menang bukan bererti benar.

Buta mata hilang arah.
Buta akal beku
Buta hati sesat.

Apabila ilmu akhirat sudah dijadikan alat untuk mendapatkan dunia,
Maka akan rosaklah dunia dan manusia,
Kalau dia Ulama hilang kehebatannya dan tidak di hormati orang lagi.

ASZ...

Jemputan - Motivasi Diri

Perhimpunan Orang Islam Sedunia
Yang HIDUP AKAN MATI...MOTIVASI DIRI SENDIRI

Venue: Kuarters KLIA Sepang
Date: 9-12 Julai 2009

Untuk maklumat lanjut hubungi Nizam Ngadeni (M3) di talian 017-6049396

Wednesday, July 8, 2009

Ulu Yam Anybody......



Gambaq anak-anak mandi je banyak.....
Syiok lak kasik collage in gambaq...
Norli....
Posted by Picasa

Monday, July 6, 2009

The Curve, 4 July 2009


The Curve, Mutiara Damansara........



Photo credit to Nonie & Boron. More will come once Zaki upload gambo dia. Sorri tak leh nak post banyak2 sangat nanti blog hang file heavy pulak nanti.
Thanks to semua yang hadir malam tu, sorry kiranye ada kekurang. Thanks Sani for the Dinner. Thanks to Nonie & Hubby for the Late Nite Supper. Thanks to all yang sporting giler that nite, yang bawak partner masing-masing, partner korang memang sabar gile, expecially tu Nonie, Effeza Hubby, Giman's Mrs sanggup tunggu sampai ke pagi... To Alla, As, Saripol partner harap-harap jangan le jemu ngan kite org ekk.


Sedia Berkhidmat....
Norli Posted by Picasa

Thursday, July 2, 2009

Unofficial REUNION SMTI 4th July 2009

Salam To all SMTI Batch 1990-1991 Guys & Gurls,

Confirmed kay gathering Sabtu 9:00 PM di The Curve, Mutiara Damansara. A few yg tak dapat mai mase Reunion ari tu will be there insyallah. Sani & Boron will be there confirmed......

Semua dijemput hadir. Jangan malu jangan segan, mari kite memeriahkan The Curve weekend ni.

Berkhidmat bagi pihak ex SMTI 90-91.