Tuesday, August 24, 2010

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Petikan daripada :-http://www.islam.gov.my

Saturday, May 1, 2010

saiz tshirt

Size guideline untuk tshirt RU2010, diharap takde lagi isu 'balut nangka' atau 'eh-eh-gua-ingat-gua-s', maka ukur baju dibadan sendiri, siapa yg lebih 2XL tu boleh beri tahu jangan bimbang kita akan usaha kan saiz yang lebih besar lagi. Sila hubungi Alla (017 3051777) untuk saiz yang lebih besar.


SIZE-CHEST

XS - 36"
S - 38"
M - 40"
L - 42"
XL - 44"
2XL - 46"

Sekian. Terima Kasih.
Jumpa di RU2010

sharinzainon

Tuesday, April 20, 2010

T-Shirt Reunion 2010


Setelah dibuka undi untuk memilih design tshirt untuk event tahun ni, secara total ramai memilih "design A" hasil usaha mama nonie kita, tahun ni penyertaan design untuk tshirt amat meriah, terima kasih pada kawan2 yg turut menyumbang idea lain iaitu Encik Adam Pui kita. Details spec for the tshirt as below:

Material: 100% cotton
Warna: Hitam
Printing: 4 color CMYK print
Harga: RM20 (lengan pendek) RM22 (lengan panjang), nak tak berlengan pun boleh diusahakan (tak digalak pesan "pesen" gini nnt org benci)

Pembayaran boleh dibuat ke akuan Efeeza Alias (Acc no. - 1438-0000193-20-7) CIMB Islamic, sama seperti pembayaran lain untuk reunion, setelah pembayaran dilakukan boleh sms feza di 019 7527130 atau hubungi our ceria selalu chairman En. Ayein (012 2289390) ataupun Mama Nonie kita (017 6180683) takut puan feza kita begitu busy.

Semoga Reunion kita tahun ini akan lebih meriah dan bermakna untuk kebaikan semua. Salam.

sharinzainon

Friday, April 9, 2010

Tshirt Design - Reunion 2010

Design A



Design B



Design C


Sila buat pemilihan mengikut kegemaran tuan-puan.

Saturday, March 6, 2010

Tshirt Design - Reunion 2010


Salam,

Kepada yg ingin memiliki tshirt design by Adam Pui tempahan boleh dibuat kepada Mama Feza, kadar harga akan ditetapkan dalam masa terdekat, semoga kehadiran design tshirt yang dinanti sekian lama ini dapat memeriahkan reunion kita tahun, segala komen yang membina boleh dikirimkan tetapi ianya belum tentu akan dilayan :)... terdapat juga dalam lengan panjang.

sharinzainon
mekanikal 3

Monday, February 1, 2010

SMTI Batch 90-91 Reunion 2010

Salam,

Alhamdulilah, seperti yang dirancangkan for this year reunion event for smti batch 90-91 akan diadakan di Hulu Langat, Selangor dengan bertemakan “Tropical Rainforest”. Maklumat seperti dibawah:

Tarikh : 12-13 June 2010
Lokasi : Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor
(please visit www.agrotekresort.net for further info)
Cost : Penginapan (seperti lampiran dibawah) + BBq DInner RM50 (Dewasa)
RM32.00 (kanak-kanak 4 -12 tahun)
( Event Tshirt RM20 - optional )
Aktiviti : Aktiviti sungai (akan dibincang kelak) / Karaoke / cabutan bertuah
RSVP : sebelum 20 Februari 2010

Room Tarif
(http://www.agrotekresort.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6&Itemid=13)

Pine 2 - RM130
5 orang - 2 double Decker, 1 single, kipas angin, Tandas

Pine 3 - RM100
4 orang - 2 double decker, Kipas angin, Toilet

Nibong 4 unit - RM100
4 orang - 2 double decker, Kipas angin, Toilet

Sanur Kencana 1,2,4 - RM175
4 orang - 2 double decker, kipas angin, TV, toilet

Sanur Kencana 3 - RM175
5 orang - 2 double decker, kipas angin, TV, toilet

Rumbia 9 unit - RM170
4 orang - 1 queen, 1 double decker, kipas angn, TV, toilet, balcony

Garden Superior 18 unit - RM200
3 orang - 1 queen, 1 single, Kipas angin, TV, Toilet, Balcony

Garden Panorama 5 unit - RM300
10 orang - 5 double decker, kipas angin, TV, Toilet

Srilangat 8 unit - RM150
4 orang - 2 double decker, Kipas angin, TV, Toilet

Teratai 14 unit - RM190
4 orang - 1 queen, 1 double decker, Kipas angin, TV, Toilet, Balcony

* Bilik penginapan mengikut "siapa cepat dia dapat"

Sila sahkan kehadiran sebelum 20 Februari 2010 untuk memudahkan segala urusan penginapan dan segala pembayaran 50% deposit (penginapan) boleh dilakukan bulan pada bulan Mac. Pengesahan kehadiran atau segala kemusyikilan boleh hubungi nama dibawah:

En Ayein (pengerusi) - 012 228 9390
Effeza Elias - 019 752 7130
Nonie - 017 618 0683
En Zaki - 013 368 6747
Paridi - 013 223 3676
Norli – 017 630 6169
Mie Malik (zon utara) – 019 576 1807
Mie Slymer (zon selatan) - 019 760 0331

Warga Teknik juga diwajibkan untuk membawa hadiah yang bernilai tidak lebih RM20 bagi memeriahkan lagi majlis REUNION tersebut.

Ayuh putera-puteri teknik semua!!! moh kome oii ramai-ramai hadir, sebar-sebarkan lah info ini... semoga dapat kita eratkan kembali ukhuwwah yg semakin pudar, wassalam

sharinzainon
AJK Reunion 2010

Saturday, January 9, 2010

UPCOMING EVENTS!

Salam / selamat sejahtera,

Terima kasih kepada rakan2 batch 91 SMTi yg sudi menghadirkan diri tempoh hari for our 1st TT session for the year 2010. It's time to once again we get together gether again to celebrate our 19th reunion this year, setelah berbincang dengan serba ringkas sesama rakan yg hadir, insyaalah kita akan mengadakan majlis Reunion weekend for this year pada 5-6 June nanti. Lokasi buat masa ni akan diadakan di Ulu langat (gambar lokasi ada pada facebook ayein). Menarik kawasan tu.

Masih diperingkat awal perancangan, untuk majlis di sekolah kita boleh bincangkan for our next event insyaalah. Sesiapa yg sudi menjadi committee for this year event amat dialu-alukan. Boleh call ayein / noli / zaki cam biasa wakil setiap jurusan.

Inysaalah further details will be advised via the teraju blogspot (yg dah hampir pupus)/yahoogroup/facebook, diharap semua setuju dengan hasil perbincangan yg hampir memadamkan lampu kedai mamak malam tu setelah ayein dan beberapa rakan lain bertegang urat minum air. For the first time jugak TT session kita kali ni ada wakil dari bekas pelajar lelaki commerce... maju beb! Suara paling ramai cam biasa wakil dari mecky diketuai En Mejar Hisham selaku bekas ketua kelas M2. Cam biasa suara puteri Teknik kurang didengari setelah ketua puteri lambat hadir dan suara pula dah hilang tak tau kenapa... hehehe.

Antara mereka yg sudi hadir dan berpanas didalam kedai mamak, biasa jumpa kedai mahal2 yg ada aircon ataupun berangin:
Commerce - Izan (org pertama sampai), Tun, Faizal, Mizi, Noli (lewat pulak)
Binaan - Alla, Ayein... sapa lagi yek! Puan Feza (Menteri Event tak hadir pulak)
Mecky - Giman, Gijoi, Selan, Boron, Paridi, Alex, G-Lat (from melbourne), K.E, Kamal, Mejar Syam, sharin, wafi... errr rasa cam ada lagi, sorry guys kot2 tertinggal nama... hehehe maklumlah.

Insyaalah akan ada lagi next TT session for our next meeting, jangan segan jangan silu dtg bersua muka sesama rakan-rakan, tiada istilah siapa berjaya siapa handal siapa tidak ianya hanya untuk megiratkan kembali persahabatan kita semua semoga ianya membawa kebaikan untuk kita bersama sebagai bekas pelajar smti batch 91 insyaalah.

Dengan rasa rendah diri saya,
wakil tuan president 2010 (En Ayein)
sharin zainon

Monday, January 4, 2010

Sungai yg jernih..tuk bebudak mandi..
Tepi restoren jer, bleh tgk anak mandi manda.

Bilik ni siap ader kelambu lg..cam dolu2..






Kalu ader sen lbh bleh amik bilik yg ada balkoni..




Ni lagi kawasan persekitarannya..










Lokasi Cadangan utk next Reunion d Agrotek Resort, Bt 14, Ulu Langat..