Saturday, March 7, 2009

Gathering@ Restoran Jejantas Sg. Buluh

Dari kiri: G-joy, Lan & Nora Danish (maaf tiada dalam gambar)..hahaha


Dari kiri: Mi Selama, Zaki, Kamal & Payjay. Masing-masing hanya mampu bersandar je sebab perut dah berat.


Zaki dilantik sebagai Speaker DUN malam tu sebab dia sorang je yang datang pakai songkok. So jawatan Speaker kena la bagi kat dia. Persidangan ini dianggap sah walaupun diadakan di kedai sup & bubur tepi jalan.


Dari kiri: Shahrin, Khuzaimi (Mi Kubing), Lan, Ragok, G-Joy & Payjay. Semuanya kelihatan teruja ketika pertama kali bertemu. Maklumlah rupa masing-masing dah tak sama macam dulu.


Lihatlah betapa seriusnya perbincangan kitaorang sampai Lan pun tepuk dahi...hahaha

Dari kiri: Shahrin, Mi Selama, Lan, G-Joy & Ayin. Pelajar-pelajar tua SMTI sedang berposing untuk cuba membuktikan yang mereka ni masih belum berapa tua lagi sebenarnya.

"Ate kamu dah rupa M. Nasir bermisai berjanggut semua, macam mana aku nak perasan?" Mungkin itulah yang diperkatakan si Lan ni. Begini la kalau dah lama tak jumpa. Macam-macam yang disembangkan.


"Aik deme ni sembang dah dekat 2 jam, ayor je yang dijamunya, mana makanan?" Mungkin itulah yang dipikirkan Shahrin.


P/S: Baru aku teringat.. gambar aku langsung takde kat atas ni. Ada sapa-sapa ambik gambar aku tak? - Boron

6 comments:

Norli P2 said...

G-joy lain nye muka kamu dah tak kenai

Anonymous said...

Norli,

Abang G-Joy ni sekarang dah hensem, tinggi, tegap dan kaya.. wooo

Norli P2 said...

ketinggian tu leh lagi tambah selepas 17 thn

Anonymous said...

sapa le "anonymous" yg buat citer kat atas tuh.. bab hensem, tinggi dan tegap mcm johnny depp tu memang tak dinafikan, tepat sesgt.. tp bab kaya tu adalah satu gurauan dr mereka yg berniat jahat.. "kayap" ada le.. hehehe.. G-Joi 5M2..

nazarhamid said...

syok la kome dapat berkumpui... aku teringin jugak nak turun masa tu tapi masa tak mengizinkan.

w_norinnaB1 said...

mak ooi pay jay..boroi tu..heheh...dah berbelas tahun.. muka masing2 dah over "macho"..heheh